Terbantut Niat Nak Bagi Hadiah, Gadis Nekad Kongsi Pengalaman Di Media S0sial

Walaupun sibuk dengan tuntutan seharian, tidak bermakna hari istimewa insan yang terdekat dengan kita dilupakan. Begitulah perasaan seorang wanita apabila bercadang hendak memberi kejutan kepada keluarganya.

Sejak semalam pemilik akaun fb yang bernama Bella Al Layla tercari-cari khidmat penyedia dan penghantar hadiah di laman sosial. Posting yang tinggalkan di laman fb Warga Kuantan Official akhirnya nampak seperti berbaloi apabila ramai penyedia perkhidmatan meninggalkan nombor telefon bersama review yang menarik.

Tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan, akhirnya beliau bersetuju untuk mengambil perkhidmatan salah seorang yang menawarkannya pada harga yang berpatutan.

Namun demikian lain pula yang jadinya apabila posting Layla pagi ini bernada kecewa. Apakan tidak niat untuk memberi hadiah kejutan pada yang tersayang terus terbantut apabila beliau menerima pesanan yang ditempahnya.

Rasa kecewa dan seakan akan dipermainkan, Layla kemudian meninggalkan pesanan di laman sosialnya untuk memberi iktibar kepada semua.

“Assalamualaikum smua. saya saja nak luah ni.Saya harap kepada surprise deliver, korang keje la seikhlas yang boleh ye. atau kalau korang tak berapa padu lagi skill, tlg la jgn receive order dan buat mcm ni..

Sedih saya, saya tempah ni dgn harga hampir 30 ringgit. Niat nak surprise utk keluarga tpi tgk rupa mcm ni saya pun sendu. huhu. mungkin amount tu kecik utk korang tpi bsr utk saya sbb tak smua berkemampuan tpi kita usaha utk happy kan keluarga tup2 dapat macam ni haih tuhan je tahu rasa tu. Dengan stapler merata pada wrapping paper tu, siap cover dgn getah gelang pula pada reben tu, wish card kertas mcm tu je Allahu.

Saya takde niat nak tutup periuk nasi sape2 ke saya pun tak tag si seller. Saya cuma luah sbb kecewa je lgi kecewa bila seller respond lbih kurang je time saya cakap berkenaan bouquet ni saya bkn tknk return tpi payment pun saya dah buat sblm ambil. So tk mungkin dia nak refund.

Saya cuma harap kepada smua seller la, korang tolong buat elok2 bende ni main dgn skill so asah la skill dulu.

Satu lagi tak semua orang berkemampuan so hormati la juga perasaan orang, even 1 ringgit pun duit juga” kongsi Layla panjang lebar.

Perkongsian Layla segera mendapat perhatian wargamaya dan rata-rata meninggalkan komen yang pelbagai.

“orang nak bisnes pun jangn la kondem kat sini..apa guna nak cita kat sini..bagi tau kat dia lepas ni buat elokxx dah la..kutuk dia kat sini jadi benda lain. Allah balas balik bisnes u nanti satu hari..fikir baikxx” kata Redone Perak.

“Kdg org y mniaga ni.. dye cedok gmbr kot lain… Pstu claim bole bt gitu gini. Nk niaga ni jgn main2.. bt la sesuatu tu dg usaha sendri.. klau kate nk bt bquet ni.. bli brg2.. usaha bt dlu.pastu bile yakin..ambik gmbr.  N then promote.. ni x. Gmbr nth cedok dri mane.. pastu bole bt itu ini. Allah gram plk rase” tulis Shima Yusof di ruangan komen Layla.

“Tag je sller mane tuu  bia dia rse…ingt rm30 tu bukan duit ke…klau xblh buat , strght je ckp xblh buat  ishhh!” tambah Syafiqah Shariman geram.

Walaupun pelbagai komen yang ditinggalkan netizen, nampaknya semuanya mewakili pandangan masing-masing dan ada kebenarannya. Namun jika penyedia perkhidmatan tersebut terlihat perkongsian Layla, diharapkan dapat mempertingkatkan perkhidmatan ke tahap yang lebih memuaskan di masa akan datang.

Kredit : Belle al layla

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*