Setuju ke dengan pendapat NGO dan beberapa artis tentang isu Rohingya ini?

Sejak semalam, viral satu sepanduk yang secara terang mengusi1r golongan Rohingya daripada memasuki satu kampung di Masai, Johor.Tindakan berkenaan yang dianggap keterlalvan itu kemudian mencetuskan kemrahan dalam kalangan warga maya.Malah, beberapa golongan artis turut melahirkan kec3wa mereka dengan kewujudan sepanduk tersebut.

Antara yang lantang bersuara termasuklah bekas ratu cantik Malaysia, Deborah Henry.Menerusi satu posting di Instagram, Deborah meluahkan rasa kec3wanya apabila sikap negatif berkenaan wujud di Malaysia.

“Ini adalah refleksi individu yang tidak mampu mencari penyelesaian.Ini bukan soal menuding jari tetapi masalah masyarakat yang lebih besar,” katanya.

Posting berkenaan kemudian turut menarik perhatian rakan artis lain untuk memberikan pandangan masing-masing.Antaranya termasuklah Diana Danielle, Lisa Surihani, Daphne Iking dan Chef Wan.

Anda boleh lihat antara pandangan mereka di bawah.

Sementara itu menerusi laporan Free Malaysian Today (FMT) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim telah mengarahkan ketua kampung tersebut menurunkan sepanduk berkenaan.

“Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami penindasan seperti rakyat Rohingya yang diti1ndas oleh kerajaan Myanmar,” katanya.

Rata-rata netizan tidak bersetuju dengan pendapat artis Malaysia

Kerajaan Dah Putuskan Tidak Terima Lagi R0hingya, Sekali NGO Cakap Jangan Mvsnahkan Hidup Mereka.Beberapa NGO menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan keputusan untuk tidak lagi menerima pelarian R0hingya ke negara ini.

NGO hak migran Tenaganita berkata sangat penting bagi Malaysia untuk membincangkan perkara tersebut dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bagi mendapatkan penyelesaian sementara.

Pengarah eksekutifnya, Glorene A Das juga merayu supaya kerajaan tidak menghantar orang R0hingya pulang ke Myanmar atau ke kem pelarian di Bangladesh kerana pelarian tersebut akan sekali lagi terperangkap dalam modus operandi yang melibatkan pemerdagangan manusia.

“Ya sekarang memang ada pihak yang menggesa untuk hantar mereka (R0hingya) pulang, tetapi dalam keadaan pandemik kini ia bakal menyukarkan proses tersebut.Jadi penting buat kerajaan untuk bekerjasama dengan UNHCR bagi mendapatkan penyelesaian sementara,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tak semua R0hingya terlibat jnayah, kata IKRAM

Walaupun berita mutakhir melaporkan tindakan keras terhadap pendatang asing dan pelarian tanpa dokumen, ratusan orang R0hingya masih terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk sampai ke perairan Malaysia.

Mengulas hal ini, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Badlishah Sham Baharin memberitahu Malaysiakini kerajaan tidak wajar untuk menolak pelarian R0hingya.

Jelasnya, pelarian berkenaan kemungkinan dapat membantu dalam menaikkan ekonomi negara daripada segi sumbangan mereka dalam pekerjaan sektor buruh.

“Kalau kita lihat misalnya, mereka (pelarian R0hingya) jika kita masukkan dalam ekonomi negara, ada kemungkinan ekonomi melonjak dengan sumbangan dan kepakaran mereka,” katanya.

Tambah Badlishah (gambar, atas) lagi, beliau tidak menafikan terdapat pelarian yang melakukan kegiatan jenayah, namun tidak wajar untuk menghukum kesemua pelarian.

“Kita tak nafikan ada di antara mereka terlibat dalam kegiatan jnayah tetapi itu pun tak semua.Jadi tak wajar untuk kita hukum semua, tak semua yang buat benda macam itu dan yang tidak terlibat ini mungkin mereka ada peluang untuk bantu kerajaan,” katanya lagi.

Harus bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka

Selain itu, Glorene turut mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia tidak mengadakan perbincangan bersama Myanmar dan mendakwa Asean telah ‘menutup mata’ atas tindakan zaIiim negara itu.

“Mengapa kerajaan Malaysia tidak bercakap dengan kerajaan Myanmar tentang tanggungjawab mereka terhadap orang R0hingya dan di mana Asean?Asean seperti tutup mata tentang isu kekej4man Myanmar terhadap R0hingya.Pada masa yang mencabar kini, kita harus tetap bersatu padu dan bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka melalui tindakan kita,” katanya lagi.

Kredit: MV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *