Pusat Beli Belah Tutup Sejam Khas Untuk Saya Shopping – Azharina

Penyanyi Azharina Azhar dikecam segelintir netizen yang mempersoalkan kenyataannya menggunakan beg jenama terkenal Prada pada usia muda.

Namun Azharina, 35, berkata dia tidak mereka-reka cerita kerana apa yang disampaikan kepada media itu adalah perkara benar.

Terang Azharina, beg jenama Prada itu dibeli oleh ibunya di sebuah kedai menjual barangan terpakai atau bundle.

” Saya bukan jenis orang penipu, demi Allah. Prada itu ibu saya belikan dari makcik di Keningau yang ada ‘rombongan’ atau orang Semenanjung panggil kedai bundle.

” Saya membesar dengan keluarga yang sukakan barangan bundle. Makcik saya sendiri buka bisnes bundle.

” Kalau orang nak kata saya menipu dan hanya ingin menunjuk-nunjuk, saya sejujurnya tak hairan dengan barang berjenama sebab saya sendiri membesar dengannya,” katanya kepada mStar.

Bukan itu sahaja, perkongsian Azharina mengenai momen bapanya menutup sebuah kompleks beli-belah di Miri, Sarawak semata-mata mahu memberi laluan dia mencari barang keperluan turut menimbulkan kesangsian.

Azharina berkata, bapanya cuba menggembirakan adiknya agar tidak melakukan perkara yang salah.

” Adik perempuan saya jatuh sakit kerana terlalu rindukan rumah dan keluarga di Sabah.

” Sebaik sahaja mendapat tahu berita itu, kami terus terbang ke Miri untuk melawat adik saya.

” Adik saya juga merupakan anak kesayangan ayah, jadi untuk meyakinkan dia untuk tetap tinggal di Miri dan menyambung persekolahannya di sana, ayah buat keputusan untuk bawa kami beli-belah.

” Apabila saya dah dewasa, baru saya faham kenapa ayah buat begitu. Dia memang jenis yang suka manjakan anak-anaknya,” ujarnya.

Terdahulu, Azharina berkata bapanya pernah mengarahkan sebuah pusat beli-belah di Sarawak untuk menghentikan operasi kepada pengunjung selama satu jam untuk memberi laluan kepadanya membeli-belah.

Bapa minta pusat beli belah diminta tutup, suruh ambil apa saja

” Sewaktu sekolah rendah, ibu berikan saya beg Prada sebagai beg sekolah. Beg itu merupakan beg bundle yang dibawa dari luar negara. Kami adik beradik sangat bertuag kerana dimanjakan kedua orang tua.

” Saya sewaktu di sekolah menegah pula, bapa meminta sebuah pusat beli belah di Miri, Sarawak untuk menutup operasi selama satu jam untuk saya dan adik shopping.

” Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya. Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami,” kongsinya.

” Selalunya saya akan membeli belah tiga hingga lima tahun sekali dan akan terbang ke luar negara dan itu ‘merbahaya’.

” Saya tidak akan pergi membeli jika hanya mahu sehelai seluar. Untuk jeans dan baju misalnya, saya tidak pernah mencuba dan akan terus membeli selepas melihat saiz,” katanya.

Malah, dirumahnya turut disediakan sebuah bilik untuk menyimpan barangan hasil belian. Mementingkan kualiti sesuatu barangan, Azharina berkata sedari kecil ibu bapanya selalu berpesan jika membeli sesuatu lihat pada kualitinya agar tahan lama

Kredit : asia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *