Seksa Sangat Ke Kena Kuarantin Sampai Macam Ni Sekali

Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pusat kuarantin yang pastinya sangat selesa buat mereka yang terpaksa dikuarantinkan bagi menyekat penularan wabak C0VID-19. Bukan setakat itu, makan serta minuman tiga kali sehari turut disediakan bagi mereka yang berkuarantin di bawah pengurusan hotel-hotel yang telah diwartakan khusus oleh kerajaan.

“Sikap segelintir orang kita…”

Di Facebook, seorang pengguna laman itu berkongsikan sedikit kejadian dan juga situasi yang kini sedang menimpa bilik kuarantin di sebuah pusat yang tidak dinyatakan.

Jelasnya lagi, kebanyakan individu yang tinggal di pusat kuarantin tersebut sebelum ini adalah didakwa merupakan pelajar-pelajar IPT.

“Kluster Mana Ni? ”

Sudah tentunya perkara ini menimbulkan kemarahan orang ramai di media sosial. Mereka berharap agar kerajaan dapat menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ini dan berikan mereka hukuman yang setimpal.

 

Ramai juga yang menzahirkan perasaan kesal terhadap individu ini, yang dilihat seakan-akan tidak menghargai usaha dan pengorbanan yang dilakukan kerajaan terhadap diri mereka.

Sumber: Facebook

DBKL Tekad Usir Penjaja Warga Asing 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited untuk menguatkuasakan Undang-undang Kecil (UUK) sedia ada, bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam sektor penjajaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam satu kenyataan turut menegaskan, tindakan penguatkuasaan itu turut melibatkan lain-lain agensi yang terbabit seperti Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kebanjiran para peniaga warga asing khususnya di sektor Tred, Perniagaan & Industri dan Penjajaan, telah memberi impak yang tidak baik kepada para peniaga tempatan, serta mencemarkan imej bandar raya Kuala Lumpur,” katanya.

DBKL ikrar usir semua penjaja warga asing

Nor Hisham berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang diurus tadbir oleh DBKL, mempunyai dua kategori perniagaaan yang dikawal oleh UUK, bertujuan untuk mengawal aktiviti perniagaan tersebut serta menguatkuasakan peruntukan peraturan di dalamnya.

Baru-baru ini telah timbul kekeliruan kepada awam, berhubung penglibatan warga asing di dalam dua kategori perniagaan ini.

Nor Hisham menjelaskan mengikut UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Penempatan Makanan (WPKL) 2016, perundangan membenarkan pemegang lesen untuk mengambil mana-mana warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah, untuk bekerja di premis-premis yang dilesenkan di bawah undang-undang tersebut.

Manakala pelesenan pula bagi kedua-dua UUK tersebut memperuntukan mana-mana orang, termasuk syarikat milik warga asing, boleh memohon lesen perniagaan.

DBKL ikrar usir semua penjaja warga asing

Selain itu, kuasa mutlak Datuk Bandar untuk meluluskan atau menolak sesuatu permohonan lesen oleh mana-mana orang serta dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan, Datuk Bandar juga akan merujuk kepada dasar semasa kerajaan, garis panduan dan perundangan-perundangan lain yang berkaitan.

Aktiviti perniagaan tersebut beroperasi di rumah kedai, kompleks beli-belah, bangunan pejabat, restoran, kedai runcit dan serbaneka.

Sementara itu, Penjajaan pula mengguna pakai UUK Pasar Borong (WPKL) 2002, UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Mengikut UUK Pasar Borong (WPKL) 2002, perundangan membenarkan pemegang lesen untuk mengambil pembantu warga tempatan, yang telah diluluskan Datuk Bandar sahaja untuk bekerja di pasar borong.

Menurut Datuk Bandar, UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2016 tidak membenarkan pemegang lesen pasar sama ada pasar awam atau pasar persendirian, untuk mengambil bekerja mana-mana pembantu warga asing di pasar awam atau mengambil mana-mana warga asing tanpa permit kerja yang sah, untuk bekerja di pasar persendiriannya.

DBKL ikrar usir semua penjaja warga asing

Selain itu, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 tidak membenarkan pemegang lesen mengambil warga asing bekerja di gerainya.

Nor Hisham berkata, pelesenan bagi ketiga-tiga UUK tersebut adalah mana-mana orang iaitu warga negara sahaja, boleh memohon lesen pasar borong, pasar dan penjaja serta kuasa mutlak Datuk Bandar untuk meluluskan atau menolak sesuatu permohonan lesen, oleh mana-mana orang.

Aktiviti perniagaan tersebut meliputi Pasar Borong, Pasar dan Penjaja yang beroperasi di Pasar, Penjaja Tepi Jalan, Pusat Penjaja dan Pasar Malam.

Kredit : Bernama & malaysiakini

Akibat Terlalu Taksub, Peminat K-Pop Tubuh Agama Baru

Industri hiburan dari Korea Selatan atau dikenali dengan panggilan k-pop semakin mendapat tempat di hati peminat. Lihat sahaja aura mereka sehingga berjaya melebarkan sayap ke Hollywood dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sudah pasti ianya suatu pencapaian hebat dan perlu digeruni oleh pengkarya seni yang lain. Lihat sahaja di Negara kita, mereka berjaya mencipta kumpulan peminat tersendiri sehingga wujud gerakan-gerakan yang menyokong segala aktiviti artis k-pop kesayangan.

TAKSUB K-POP HINGGA TUBUH AGAMA BTS

Kita sering dinasihatkan agar berpada-pada dalam menikmati dunia hiburan dan jangan pula taksub dengan sesuatu sehingga melalaikan. Yang lebih teruk lagi boleh memesongkan akidah umat Islam.

Bunyi agak tak masuk akal! Mengikut suatu perkongsian di Twitter, wujud pengikut kumpulan BTS yang dikenali sebagai panggilan ARMY yang terlalu obses dengan artis mereka. Yang lebih menyedihkan apabila mereka mewujudkan satu agama baru.

Agama tersebut mendukung kumpulan BTS sebagai tunjang utama. Sehubungan dengan itu, mereka menamakannya sebagai “Agama BTS”. Awalnya perkara ini hanya dilihat di Negara jiran sahaja, Indonesia.

BAKAL DIBAWA MASUK KE MALAYSIA

Sejak kebelakangan ini dikatakan agama baru tersebut bakal dibawa masuk ke Malaysia. Sudah pasti isu ini menjadi kerisauan orang ramai berkenaan kelekaan generasi muda yang yang mula terpesong akidah.

Menurut perkongsian di Twitter lagi, agama BTS tersebut juga mempunyai rukun-rukun dan lafaz tersendiri untuk yang ingin mengikutinya. Ia tidak boleh dianggap sebagai gurauan kerana wujud unsur-unsur memainkan isu agama dalam masyarakat.

Melihat kepada perkongsian telegram, dah mula muncul dari rakyat Malaysia yang setuju agar agama baru ini ditubuhkan. Alasannya ingin menghargai seni yang tak semua orang Nampak.

IBU BAPA PERLU BERI LEBIH PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK

Melihat kepada perkongsian ini, dapat disimpulkan bahawa hiburan dunia ini mampu mengubah pemikiran seseorang diluar norma manusia. Meminati budaya k-pop tidak salah, yang menjadi masalah apabila terlalu taksub sehinggakan bertuhankan mereka.

Sumber : info meecks