Uncle Kentang Tutup Kedai dan Gulung Tikar..Ramai Yang Ambil Kesempatan Rupanya..

Chee Heng sebelum ini menyediakan perkhidmatan van jenaz4h, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan.

Selain mengagihkan bantuan makanan asas secara percuma, Chee Heng yang pernah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sebelum ini turut menyediakan Dapur Umum yang membolehkan mereka yang lapar dan miskin mengambil makanan secara percuma.

Tetapi hari ini ramai terkejut apabila menerima posting terkini Uncle Kentang yang umum tutup kedai dan gulung tikar. Ini puncanya buat ramai sebak. Baca selanjutnya.

Kekurangan Dana Dan Diambil Kesempatan

Notis pemberitahu. KAMI TUTUP KEDAI DAN GULUNG TIKAR.

Kami kini HANYA memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong sahaja. Oleh kerana dana kekurangan. kami sudah hentikan kiriman wang kepada mereka yang susah.

Harap maklum. TIDAK ADA BANTUAN WANG lagi akan di beri. Mohon contact dengan mana mana NGO lain. Hanya ada makanan di dapur umum Chef Gemuk dan juga restoran Kiong Kee bagi non halal untuk Non Muslim.

Untuk mereka yang perlu ambulan dan Van jen4zah, kami memang bersedia bantu anda. Call aja 018 2683999. 01155052148 untuk bantuan ambulan.

Apa Puncanya ?

Sorang netizen memberi komen, “If ada emergency nak pakai duit seperti sebelum ni.. Just roger je uncle, insha allah kami pakat2 bankin setakat yg mampu asalkan dpt memudahkan urusan org memerlukan..”

Uncle Kentang jawab, “Saya rasa sedih. Bila beri satu kali…mintak lagi … mintak lagi. Ini lah kita malas nak layan. Kalau betul emergency kematian sahaja akan di layan. Nak jawab mesej pun saya malas. Kita putuskan budaya malas mereka.”

Tambah Uncle Kentang lagi, “kita beri duit… dia maklum member semua minta kat saya… hahaha ada yang guna no tel berbeza dan akaun berlainan… bila check mereka adalah dari kumpulan yang sama…”

 

 

Sumber: FB Uncle Kentang

Kredit: apple hijau

Perkongsian Derita Bekas Pesakit Covid19 Tahap 5

Seorang wanita kongsi pengalamannya disahkan positif C0vid-19 tahap 5 dimana dia terpaksa melalui saat-saat get1r berhadapan dengan m4ut. Pada awalnya, doktor mengesahkan dia mempunyai peluang h1dup 50-50 kerana v1rus tersebut sudah memasuki ruangan p4ru-p4ru sejak awal tanpa dikesan. Namun siapa sangka berkat doa dan semangat yang dibawa, wanita ini berjaya sembuh dari v1rus ini.

Berpeluh-peluh, sesak nafas, lembik..

Untuk dikenang satu hari nanti
DIARY BEKAS PESAK1T C0VID-19

Ramai yang bertanya BILA DI MANA dan BAGAIMANA kami dijangkiti v1rus si corona yang ditakuti oleh semua orang di dunia hari ini. Saya tiada jawapan untuk semua soalan itu. Semuanya bermula pd 10/3, saya mengadu kepada kakak (anak perempuan saya) tekak saya tidak selesa. Apa jua yang saya makan tidak dapat merasa, tak boleh menilai makanan, takda rasa. Saya tak dapat merasa manis masin @ tawar. Semua makanan rasa hambar. 18/3 saya demam di sebelah malam (saya anggap ini biasa bagi pesakit SLE selalu demam sebelah malam) dan saya mengalami kesukaran bernaf4s and sak1t tek4k. Pada 19/3 pagi saya masih demam dan anak bergegas menghantar saya ke hospital.

Saya ke hospital dengan ditemani Hakim (anak saya) dan kakak. Suami saya tidak dapat hantar kerana dia juga tidak berapa sihat. Selepas tiba di hospital saya diperiksa dengan terperinci di bahagian saringan dan mengesyaki mengalami demam dengg1 tetapi keadaan pernaf4san saya tidak stabil dan terus dihantar ke red zone bahagian decon unit kecemas4n & travma pada jam 12 tenghari kerana suspek c0vid-19. Badan saya berpeluh-peluh luar biasa dan ses4k naf4s, saya munt4h-munt4h sehingga lemb1k di situ lalu saya di beri bantuan oxygen yang semakin berkurangan di dalam bdn. Saya tidak tahu apa yang berlaku.

Kemudian sa ya hanya mendengar Dr berkata puan rehat ya… kami nk intubate puan & tidurkan puan. Dan selepas mendengar kata-kata itu saya sudah tidak sedar. Menurut kakak selepas maghrib saya telah fully intubated dan anak-anak saya balik ke rumah hanya selepas saya dit0lak dari red zone ke bilik isolasi ICU jam 2 pagi pada 20/3. Menurut kakak, keadaan sy krit1kal. 21/3, Dr off sedation kerana badan saya memberi respons ketika disuction membuang kahak, rupa2nya si corona cuba mer0bek p4ru-p4ru saya dan mungkin dia telah menumpang lebih awal di tubuh badan saya tanpa saya ketahui. Keadaan ketika itu 50:50.
Dan pada hari ini juga saya disahkan positive c0vid-19 (stage 5). Virus yang amat ditakuti orang diseluruh dunia itu ada didalam tubuh saya. Maka saya menjd patient pertama positive covid-19 di icu HEBHK ini.

Suami dan kakak positif

Kakak hampir pengsan ketika mendapat panggilan mengenai berita ini dan semua ahli keluarga menjadi sangat sedih ketika itu apabila saya disahkan positive, pihak hospital telah menelefon kakak supaya semua ahli keluarga di rumah hadir untuk ujian saringan. Maka kesemuanya (kakak bersama suami & ank mereka berusia 3 tahun,suami saya ,anak lelaki saya & seorang anak saudara perempuan yang kebetulan sedang bercuti di Kluang) hadir ke hospital pada 9 malam dan saringan berakhir jam 4 pg (22/3). Pada 23/3 jam 3pm, kakak mendapat panggilan telefon dari pejabat kesihatan kluang supaya bersiap sedia utk dijemput oleh ambulance ke hospital kerana keputusan dia positive. Pada malam pula keputusan suami saya juga positive dan sekali lg ambulance datang menjemputnya.

Keputusan bagi yang lain-lain adalah negative dan mereka hanya perlu kuarantin di rumah. Alhamdulillah. Pada malam itu juga unit kebersihan pejabat kesihatan kluang datang mensteril n disinfeksi seluruh kawasan luar dan setiap ruang didalam rumah. Akhirnya kakak & suami saya ditempatkan di wad yang sama wad 8A hospital Kluang. Maka bermulalah episod mereka sebagai pesakit c0vid-19. Pada mulanya mereka akan dihantar ke pusat covid-19 permai JB tetapi memandangkan hosp kluang telah dijadikan pusat covid-19 dan saya pula berada di bilik isolasi ICU maka kami ditempatkan bersama di HEBHK. Keadaan saya stabil (info dr kwn2 kakak) keajaiban berlaku dan dgn ketentuan Nya.. kun fa ya kun…saya tersedar lebih awal dari waktu yang ditetapkan oleh Dr.

Pada 24/3 saya tersedak dan badan saya memberi respons untuk sedar dan bernafas sendiri, tiub didalam mulut dan badan saya dikeluarkan dan segala wayar yang melengkar di tanggalkan. Disebelah petangnya saya fully extubated, Dr memasang venturi mask untuk membantu saya bernafas. Ini bermakna saya hanya koma selama 6 hari sahaja. Allah SWT telah memberi pinjam kekuatan kepada saya. Syukur kehadratNya, sesungguhnya Engkau lah tuhan bagi segala dzat. Walaupun saya dah fully extubated saya masih lagi di ICU, terlantar letih dan separuh sedar tetapi waktu ini saya telah dapat mendengar alunan bacaan alquran yang dipasang di dalam wad ICU dan suara-suara jururawat & Dr yang memberi semangat. Dr juga telah meleraikan segala ik4tan di tangan n kaki saya. Menurut kwn kakak, ketika jururawat memberitahu kakak dan suami juga dlm wad. Didalam keadaan separuh sedar saya menangis. Pada 27/3 Dr telah menggantikan bantuan oksigen saya kepada nasal prong, walaupun masih lagi separuh sedar saya telah dapat membuka mata. 9 hari di wad ICU. Akhirnya pada tengahari hari ke10, 28/3 saya dit0lak ke wad biasa wad 6A.

Travma dengan apa terjadi

Apabila kakak mendapat berita saya berada di wad 6A. Pada petang hari yang sama dia mohon dipindahkan dr wad 8A ke 6A untuk membantu menjaga saya. Keadaan dia sangat baik, symptoms c0vid kakak hanyalah batuk yg ringan & dry mouth (class 2). Jadi dia dpt meringankan masalah sy kerana ketika itu tiub ur1n msh terpasang dan sy msh lg memakai diaper keadaan sy masih lagi separuh sedar & mamai sehingga sy cuba menarik segala tiub yg msh ada di badan ketika itu. Fikiran sy juga terganggu seolah2 msh travma dgn apa yg tlh terjadi. Menurut kakak saya perkara2 pelik dan pertuturan saya sukar utk difahami. Aturan Allah sgt menakjubkan. Apabila tiba di wad biasa Dia permudahkan urusan sy. Kakak banyak membantu menguruskan diri saya dari separuh sedar sehingga saya benar-benar sedar. Walaupun keadaan msh lemah dengan bantuan oxygen melalui nasal prong, sy mula bersolat duduk di atas katil . Progress diri sy sgt cpt.. sy yakin Allah bersama sy.

Pada 31/3, kakak membuat saringan @ swab test yang ke2. Saya tidak mahu manjakan diri saya lagi dgn bantuan dia. Saya belajar berjalan dengan bantuan kakak sehinggalah saya boleh berjalan sendiri perlahan2 tanpa bantuan. Saya membuat latihan suara kerana pertuturan saya masih tersangkut2 dan tak lancar dan mencungap2 ketika berckp. Muka dan badan sy juga msh bengkak. 1/4 Astaghfirullah alazim aladzi laaillaaha illa huwalhayul qayummu wa atubuu ilaih( aku mohon keampunan kpd Allah yg maha agung, tiada tuhan selain Dia yang maha hidup dan memelihara kehidupan dan aku bertaubat kpd Nya). Hari ini tiub oxygen (nasal prong) saya pula ditanggalkan.. Alhamdulillah saya dapat bernafas bebas sendiri. Saya dan suami berhubung melalui video call setiap hari, saling memberi kabar masing2..suami sy semakin sihat, batuknya telah berkurangan (class 3). Hari ini saya mula mendapat simptom ke 3 iaitu batuk n selsema.

3/4 Alhamdulillah.. kami mendpt khabar gembira keputusan swab kakak negatif,dia telah bebas dr si corona.. keberkatan hari jumaat.. walaupun berita gembira sy berasa sgt sayu kerana kakak tidak bole tinggal bersama sy lg disini. Terima kasih kakak jaga ibu sepanjang bersama di wad. Semoga urusan kakak n keluarga terus dipermudahkan Allah swt. Ibu sayang kakak lillahitaala..Luk42 didalam mulut masih lg ped1h & kebas. 6/4 hari ke 19 saya di hospital. Tiada aktiviti lain sepanjang di wad selain menambah masa ‘Me time’ bersama Allah swt. 7/4 Laillhailaanta subhanaka inni kuntu minazzalimin (tiada tuhan melainkan engkau(ya Allah)!Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari pada org2 yg menganiya diri sendiri)
Kalimah yg sering bermain dibibir x kira waktu. Saya dan suami masih lagi di wad masing-masing. Suami saya masih menunggu keputusan swab yang telah dibuat beberapa hari yang lepas. Saya? Alhamdulillah kekuatan bdn sy meningkat 80%..suara sy msh sama..masih belum kuat seperti biasa.

Akhirnya bebas corona

Pada pagi ini juga Dr mengambil sample(swab) yg ke2.. harapan menggunong agar ujian ini negative. Pada malamnya suami say adipindahkn dr wad 8A ke 8B. Keputusan saringan ke2 dia masih positive. Pada hari ini juga diet saya berubah dari bubur kepada nasi.. Alhamdulillah syukur atas nikmatnya. 9/4 Aauzubikalimatillahi tammatti min syarimahalak.(aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna dari kejahat4n makhlvknya). Routine hari ini tiada perubahan..solat dhuha taubat dan aktiviti membaca alquran sbg latihan mendpt suara. Berkat hari nisfu syaaban, Dr datang dengan membawa berita gembira. Keputusan swab sy adalah negative.. subahanallah Allahuakbar.. Alhamdulillah saya dapat pulang ke rumah hari ini dan menyambung kuarantin dirumah. Saya dah bebas dr si corona. Alhamdulillah syukur syukur syukur yg amat sgt. Pada 14/4 suami sy disahkan negative covid-19.. dgn SOP br suami sy tidak dibenarkan balik dan terpaksa meneruskan kuarantin nya di hospital.. Alhamdulillah..Terima ksh ya robb. Akhirnya suami saya dibenarkan pulang pd 29/4 setelah 38 hari berada di wad dan menyambung kuarantin 14 hari lagi di rumah.

Syukur pada mu ya Allah akhirnya kami berkumpul semula?dan in sha Allah dpt bersama2 menyambut hari raya. Saya amat redho dgn ujian ini dan terima ksh kpd Allah.. Engkau yg menyedarkan aku yg sering alpa sebagai hambaMu. Semoga sy dan keluarga terus di dlm peliharaan, lindungan n ksh syg Allah swt. Ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd semua staff ICU dan staff wad 6A,8A n 8B HEBHK yg sgt cemerlang & berdedikasi dalam merawat serta menjaga pesak1t. Tidak lupa juga kpd semua frontliners di hosp kluang & di mana jua mereka berada. Semoga mereka terus diberi kesabaran yg tinggi,dimewahkan rezeki dan dilindungi Allah swt setiap waktu. Sy juga mendoakan semua pesakit cov1d-19 dan semua rakyat Malaysia bebas dari v1rus corona. Kini yg berlegar diminda bagaimana penerimaan rakan taulan, saudara mara dan org sekeliling terhadap kami yg pernah menjd pesakit covid-19 walaupun telah bebas dari virus corona, virus yg digeruni dan telah menggegarkn dunia dgn kemat1an yg ramai.. wallahualam. Terima kasih kerana sudi membaca catatan yg agak pjg ini hingga ke noktah terakhir.

Sumber :Hanizah Abdul Karim

Kisah Wanita Ini Yang Kehilangan 5 ahli Keluarganya Akibat Covid19

“RAYA 2020 membawa seribu makna, pengalaman, pengertian, kesedihan… yang mengubah kehidupan keluarga besar kami, takkan dilupakan sepanjang hayat kami.”

Demikian kata Sharifah Huzaimah Wan Abdul Rahman Al-Edruce, yang mana lima ahli keluarga besarnya menjadi korban akibat wabak Covid-19.

Kisah sedih keluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak ini pernah dilaporkan di mStar, selain turut menjadi tajuk utama laman media tempatan kira-kira dua bulan lalu.

Lima ahli keluarga Sharifah Huzaimah yang meninggal dunia adalah nenek saudaranya yang dipanggil Nek Usu Kayah, dua anak wanita tersebut, dan dua lagi saudara maranya.

Malah kedua ibu dan bapanya turut disahkan positif wabak tersebut, semuanya berpunca daripada seorang wanita iaitu rakan sekerja kepada sepupunya, yang pulang dari Itali pada Mac lalu.

Menurut Sharifah Huzaimah, tragedi sedih tersebut benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh ahli keluarga besarnya, lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri.

Sharifah Huzaimah (kanan) bersama kedua ibu bapa dan seorang ahli keluarga ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

“Selama saya hidup, dari kecil sehingga dewasa, dari sebelum kahwin sehingga sudah beranak tiga, setiap kali Aidilfitri, rumah pertama yang akan kami pergi ialah rumah mak kepada abah iaitu Nek Ah.

“Walaupun Nek Ah sudah kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas, keluarga abah akan mengadakan majlis tahlil di pagi raya. Rumah kedua, kami akan menziarahi rumah Nek Usu Kayah iaitu adik Nek Ah.

“Namun adik abah, iaitu Sharifah Roziah yang tinggal di rumah Nek Ah, baru sahaja keluar dari pusat kuarantin pada 21 Mei selepas 60 hari dirawat kerana positif Covid-19 bersama-sama dengan anak-anak beliau.

“Manakala Nek Usu Kayah sudah tiada, diikuti Pyzah dan Madi (dua anak Nek Usu Kayah). Tidak mungkin raya kali ini akan sama seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada mStar.

Tambah wanita berusia 38 tahun ini, tradisi tetap seperti bersalam-salaman serta kunjung mengunjung terpaksa dilupakan kerana tidak mahu peristiwa pahit dua bulan lalu berulang kembali.

“Kami sememangnya mengamalkan bersalaman semasa berjumpa dan sebelum pulang dengan setiap ahli keluarga. Cium peluk laga pipi adalah perkara biasa.

“Namun semenjak keluarga kena Covid-19, jangankan nak peluk, nak salam mak abah pun mereka tak izinkan. Sangat sedih tak dapat nak salam dengan orang tua.

“Tapi ini adalah peluang kedua Allah bagi untuk bersama dengan keluarga, kami akan cherish the moment together setakat apa yang boleh,” ujarnya sambil menambah, dia dan adik beradiknya turut melarang ibu bapa mereka menerima tetamu pada tahun ini supaya kekal sihat.

Menurut Sharifah Huzaimah, ibu dan bapanya yang masing-masing pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ketika awal Ramadan lalu, kini dalam keadaan yang sihat walaupun berat badan sedikit susut.

Kedua-dua ibu dan bapa Sharifah Huzaimah merupakan bekas pesakit Covid-19.

“Alhamdulillah, mak dan abah semakin sihat walaupun nampak lebih kurus dari dulu. Mak dan abah bersara sepenuhnya dari bisnes mereka ekoran Covid-19 ini.

“Barang mentah dibeli melalui online, dan mak serta abah masih mengamalkan penjarakkan satu meter, pakai topeng dan duduk di rumah saja,” ujarnya yang tinggal berasingan dengan kedua orang tuanya itu.

Sungguhpun tidak dapat menyambut lebaran dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini, keluarga besar mereka sentiasa berhubung dan bertanyakan perkembangan diri masing-masing.

Ujarnya lagi, apa yang berlaku bahkan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

“Kisah kehilangan nenek kesayangan dan bagaimana kami handle masalah pada awalnya, sangat memberi impak dan kesan dalam diri kami.

“Dan kami tahu, kami insan dan keluarga yang terpilih untuk dugaan ini. Memori sewaktu mak, abah, ahli keluarga lain semasa di hospital dan pusat kuarantin akan disimpan ketat di ruang ingatan.

Bapa Sharifah Huzaimah pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi ketika menerima rawatan bagi wabak Covid-19.

“Begitu juga perihal dugaan-dugaan harian yang terpaksa kami tempuhi telah menjadikan kami lebih rapat daripada biasa.

Walaupun beraya dengan ala kadar, Raya 2020 ini membawa seribu makna,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Sharifah Huzaimah berkata mereka sekeluarga tetap mengenang tragedi yang berlaku sebagai hikamh yang membawa kemanisan dari satu sisi yang lain.

“Dalam menyambut hari kemenangan ini, kita diuji dengan musibah wabak penyakit Covid-19 yang juga merupakan makhluk Allah SWT.

Kemanisan musibah di ambil iktibar dan ujian ini telah membuatkan kami lebih tabah serta sedar bahawa kami hanyalah selemah-lemah manusia dan segalanya ditentukan oleh Allah SWT.

“Hikmah dugaan pada kali ini membolehkan kita bermuhasabah diri serta mendekatkan diri kepada-Nya, menyambut kemenangan hanya semata-mata kerana Nya, dan saling bermaafan sesama keluarga seikhlasnya,”ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : mstar

Puak Antivaksin : Nak Balik Kampung, Balik Je La. Confirm Tak Kena Covid..Ini Seruan Doktor ini.

SEBELUM ini seorang pengamal perubatan, Dr Sakinah Sulong menegur segelintir golongan antivaksin yang sibuk mencanang ‘kebaikan’ pengambilan vitamin C.

Bagaikan tidak serik, golongan ini tetap aktif di media sosial menyebarkan maklumat terpesong untuk mempengaruhi masyarakat.

Namun kali ini, golongan ini bertindak keterlaluan apabila mengeluarkan ‘fatwa’ kononnya wabak Covid-19 merupakan teori konspirasi yang dimulakan di Amerika Syarikat (AS).

Tidak mahu masyarakat terus hanyut dengan teori-teori hasil ‘kajian’ golongan antivaksin ini, Dr Sakinah sekali lagi tampil meluahkan rasa geram menerusi satu perkongsian di Facebook beliau.

“Kalau ikut logik antivaksin, penyokong teori konspirasi, (mereka saran) jangan pakai topeng muka. Tak perlu. Hanya perlu amalkan vitamin C sahaja. Up kan imuniti. Itu je. PPE tu lakonan je sebab nak ambik gambar.

Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.

“Tak perlu Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Nak keluar, keluarlah. Anak-anak perlu matahari. Biarkan mereka bermain, merayau di luar.

“Nak balik kampung, baliklah. Gembirakan hati orang tua. Mereka gembira, imun sistem jadi bagus, confirm tak kena Covid la,” tulisnya dalam nada sindiran.

Bukan itu sahaja, paling tidak munasabah, golongan ini mendakwa tiada ujian yang menyatakan bahawa mangsa yang meninggal dunia adalah disebabkan Covid-19.

Di saat PDRM sibuk melancarkan sekatan dan rondaan untuk menjaga agar tiada usaha balik kampung di musim perayaan ini, mereka mencemuh dan melaungkan rasa tidak setuju.

DR SAKINAH SULONG

DOKTOR

“(Mereka dakwa) angka kematian tu, sebenarnya mati sebab lain. Tapi dilaporkan sebagai Covid. Semua yang kerja kat Bilik Gerakan tu sama ada penipu atau memang ‘lembu’ yang ikut arahan.

“(Mereka dakwa) ini semua konspirasi New World Order. Nanti akan ada vaksin yang diarahkan diberi kepada semua.

“Ini semua dari mana mereka dapat tahu? Kajian! Katanya mereka dah lama mengkaji. Kesian sungguh. Kesian kat kami ni yang tak sempat mengkaji.

Dr Sakinah memuat naik satu posting yang ditulis oleh seorang individu antivaksin.

“Tapi sempat juga la kami baca berita kat AS, tempat maklumat konspirasi ni bermula, khabarnya dah berjuta-juta yang kena Covid-19. Yang mati pun bukan seribu dua. Ironi kan? Nak jadi macam tu?,” tulis Dr Sakinah lagi.

Sambil menyelar penularan maklumat terpesong yang disebarkan golongan ini, doktor tersebut turut meluahkan rasa kecewa apabila masih wujud segelintir masyarakat yang termakan dakyah mereka.

“Saya minta MKN ambil serius perkara ini. Di saat frontliners sibuk #KitaJagaKita, ada antivaksin yang terus lantang bersuara mengajak masyarakat menentang PKPB.

Golongan antivaksin tidak bersetuju dengan arahan kerajaan yang melarang orang ramai pulang ke kampung pada musim perayaan.

“Di saat PDRM sibuk melancarkan sekatan dan rondaan untuk menjaga agar tiada usaha balik kampung di musim perayaan ini, mereka mencemuh dan melaungkan rasa tidak setuju.

“Anak-anak kecil pula disuruh keluar untuk dapatkan vitamin C. Topeng muka dikatakan langsung tidak patut digunakan. Yang penting, Vitamin C dan Vitamin D.

Sumber: mStar

Pelanggan positif Covid19 Selepas Kunjungi ‘ST ROSYAM MART’? Ini penjelasan Datuk Rosyam Nor

Memulakan perniagaan, pastinya akan ada yang berhasad dengki sehingga cuba menabur pasir dalam periuk nasi. Begitulah yang turut dialami oleh pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor apabila ada khabar angin berterbangan di serata media sosial yang mengatakan bahawa pelanggan yang mengunjungi pasar raya ‘ST Rosyam Mart’ cawangan Setiawangsa telah disahkan positif C0VID-19.

Daripada tangkapan skrin yang tersebar itu, individu tersebut menyatakan bahawa kawan adiknya disahkan positif virus itu selepas membeli barangan di pasar raya milik pelakon p0pular tersebut.

Bagi melegakan kerisauan pelanggan setia di pasar raya tersebut, Rosyam Nor menafikan dakwaan tidak berasas itu. Tegasnya, sekiranya benar ada pengunjung yang p0sitif C0VID-19, sudah pasti pihak kesihatan telah menutup pintu kedainya: “Ini kan bulan Ramadan, kenapa nak buat f!tnah macam ni. Kenapa nak a!bkan orang?” tulis Rosyam.

Rosyam Nor berterusan mempersoalkan tujuan sebenar individu yang menyebarkan f!tnah tersebut: “Saya tak faham orang yang fitnah ni. Apa yang kau dapat sebenarnya?” kata yang turut meminta pelaku tersebut supaya beringat memandangkan kita sudah pun berada di penghujung Ramadan. –

Sumber : Myartis, Beautifulnara & Instagram Rosyam Nor

Ini Cara HERO Kita Sambut Beraya Kali Ni

SAMBUTAN Aidilfitri bagi ‘lelaki jaket hitam’ ketika negara dilanda Covid-19, ketika ini tidak banyak berbeza seperti tahun sebelumnya.

Berkongsi rutin sambutan Aidilfitri dijangka pada hujung minggu ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dia akan meraikan Syawal bersama anggota barisan hadapan di hospital.

Menurutnya, usai solat sunat Aidilfitri di rumah kelak, dia akan melawat kakitangan barisan hadapan yang perlu bertugas di hospital pada hari raya nanti.

“Setiap tahun sebelum ini, saya sambut raya di hospital pada hari raya pertama dan akan pergi hospital untuk bertemu kakitangan barisan hadapan.

“Raya tahun ini tidak ada beza kerana mungkin akan solat raya di rumah dan pergi ke hospital untuk bersama dengan kakitangan kesihatan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham dalam sidang media sebelum ini memaklumkan pelepasan cuti raya yang diberikan adalah berdasarkan jumlah kes dan keadaan terkini Covid-19.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

“Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya berbeza daripada tahun sebelum ini, namun ia tetap diraikan dengan semangat sama.

“Malah, sambutan di rumah sendiri bersama ahli keluarga mungkin dapat memberi makna baharu kepada kita semua kerana berpuasa ketika penularan wabak Covid-19 mengajar kita semua erti kesabaran dan pengorbanan,” katanya.

Beliau berkata, lebih baik terus berada di rumah sendiri dan elak kunjung mengunjung bagi menghalang penularan wabak terutama kepada warga emas, kanak-kanak dan bayi.

Sumber Hmetro

Ini Rupanya Taktik Lelaki Russia Yang Dibantu Polis

Korang ingat lagi tak kisah seorang lelaki warga Russia yang tular di hadapan premis makanan segera di Temerloh sambil memegang sepanduk ‘Saya tidak boleh pulang dan tiada duit. Saya lapar’ pada bulan lalu?

Terbaru, orang kata jurutera kargo bernama Maxim Lapin itu didakwa merupakan ‘scammer’ dimana menggunakan modus operasi yang sama kononnya terkandas di Malaysia akibat wabak Covid-19.

Seorang pengguna laman Facebook, Fadhil Waynie berkongsi cerita sebenar mengenai lelaki berusia 42 tahun tersebut selepas dihantar pihak polis Temerloh ke Kedutaan Russia di ibu kota.

Paparan skrin yang dikongsi :

Sampai KL, dia menginap kat guest house run by Russian Lady dan Russian Lady ni yang dedahkan tentang muslihat dan tujuan sebenar lelaki Russia tu.“Russian lady tu siap cakap yang dia berasa malu bila ada orang Russia mengambil kesempatan atas kebaikan orang Malaysia untuk membolehkan dia melancong secara murah kat Malaysia.“Russian lady tu cakap yang mamat ni bertemu dengan dua orang lagi geng dia untuk sambung melancong pergi Port Dickson,” tulisnya.

Kat kawasan Nilai pulak?

Tinjauan di Facebook milik Maxim mendapati netizen sudah mula ‘menyerang’ beliau dengan memberikan pelbagai kecaman selain kata-kata kesat yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu!

Suka2 je kesana kesini

Berhenti menipu orang malaysia!

Menyusahkan orang je!

Mak kau hijau!

Siap bawak geng untuk mengemis?

Sumber Facebook

Covid 19 Mungkin Akan Terus Wujud

Pengarah Kecem4san Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan memberi am4ran bahawa C0vid-19 mungkin tidak akan hilang. Sebaliknya, v1rus itu mungkin akan terus wujud dalam kalangan manusia sepertimana human 1mmun0deficiency v1rus (H1V).Dalam ucapannya pada Rabu, beliau berkata peng4walan v1rus itu memerlukan usaha yang besar walaupun vaks1n telah ditemui.

“Penting untuk kita sedar, v1rus ini mungkin akan menjadi v1rus endem1k dalam komuniti kita, dan ia mungkin tak akan hilang,” katanya dalam sidang maya dari Geneva.

“H1V tidak hilang, tetapi kita telah memahaminya,” ujar beliau yang tidak percaya ada yang dapat meramalkan bila v1rus itu akan hilang.

Dengan kira-kira lebih 100 vaks1n berpotensi yang dalam pembangunan, Dr Mike mengatakan masih ada penyak1t yang belum dis1ngkirkan walaupun mempunyai vaks1n, seperti c4mpak.

Sementara itu, Pengarah Urusan WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan, proses pengawalan v1rus boleh dilakukan dengan usaha.

“‘Bagaimana ia bakal berubah’ di dalam tangan kita, dan ia merupakan urusan semua orang. Kita semua perlu menyumbang untuk menghent1kan pandem1k ini,” katanya.

Pakar Epidem1ologi , Maria van Kerkhove memberitahu, “Kita perlu percaya ia akan mengambil masa untuk keluar dari pandem1k ini.”

Kenyataan tegas mereka muncul setelah beberapa negara mula mel0nggarkan k4walan bagi membuka semula ekonomi masing-masing.

Tambah Tedros, tiada jaminan bahawa mel0nggarkan k4walan tidak akan menyebabkan tercetuvsnya gel0mbang kedua jangk1tan.

Ekoran itu, beliau menekankan semua negara atau tetap berj4ga-jaga pada tahap tert1nggi.

Sehingga kini, hampir 300,000 m4ngsa seluruh dunia m4ut ak1bat C0vid-19 dengan lebih 4.3 juta kes telah direkodkan.

*endemik- penyak1t yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu. 

Sumber: Cappucinolatte & Siakap Keli

Face Mask Untuk Kegunaan Staff, Tapi Pesakit Kena Bayar.Mahal pulak tu.

Krisis Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada ketika ini membuatkan hospital-hospital semakin sibuk ekoran bilangan pesakit yang semakin meningkat kerana kes jangkitan Coronavirus.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Hilman Ruhaifi Umoh meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada Prince Court Medical Center kerana telah mengenakan caj yang melampau dan tidak masuk akal.

Berdasarkan perkongsian tersebut, hospital yang terletak di Kuala Lumpur itu telah mengenakan caj RM201.60 untuk 18 topeng muka yang dipakai oleh staf mereka sendiri untuk merawat anaknya yang berumur 4 tahun.

Tambahnya lagi, beliau telah dikenakan caj deposit RM1,500 sebagai yuran pendaftaran kerana dilaporkan tidak semua perkhidmatan hospital akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Jelas Hilman, beliau ke hospital tersebut kerana mahu menguji status jangkitan Covid-19 untuk anaknya dan hasil ujian menunjukkan anaknya negatif jangkitan Covid-19.

Berang dengan apa yang terjadi, Hilman menegaskan bahawa harga siling untuk sekeping topeng muka yang ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah RM1.50. Maka, harga yang patut dicaj oleh pihak hospital adalah RM27.00 dan bukannya RM201.60 seperti yang tertera di dalam bil hospital.

Sambung Hilman lagi, topeng muka adalah keperluan asas untuk perkhidmatan hospital dan tidak sepatutnya dikenakan bayaran ke atas pesakit yang dirawat.

Walaubagaimanapun, pihak saudara Hilman telah menyuarakan isu ini kepada pihak pengurusan Prince Court Medical.

Melihatkan isu ini, pihak pengurusan Prince Court Medical telah berjanji akan menyiasat tentang isu topeng muka ini.

Sumber : Lobak merah