Luahan Isteri Rider Maut Akibat Pemandu Mabuk

Awal pagi tadi tular kisah seorang rider menemui ajal akibat sebuah nhas jalan raya yang disebabkan oleh individu memandu di bawah pengaruh minuman keras. Penghantar makanan yang dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun itu baru sahaja dalam perjalanan pulang daripada mencari rezeki.

Tidak akan maafkan, nyawa tak boleh diganti dengan wang

Memetik laporan Harian Metro, isteri kepada rider terbabit iaitu Zahlawati Zahlan enggan memaafkan individu yang bertanggungjawab terhadap kematian suaminya itu. Menurut wanita berusia 47 tahun berkenaan, dia kini telah hilang arah dan punca setelah pemer gian A||ahyarham pagi tadi.

5 Kali Call Tak Jawab, Isteri Rider Enggan Maafkan Driver Punca Suami Terkorban
5 Kali Call Tak Jawab, Isteri Rider Enggan Maafkan Driver Punca Suami Terkorban
5 Kali Call Tak Jawab, Isteri Rider Enggan Maafkan Driver Punca Suami Terkorban

Hubungi suami sebanyak 5 kali tetapi gagal

Sekitar jam 1.30 pagi tadi, Zahlawati telah cuba menghubungi si suami sebanyak lima kali namun panggilannya tidak dijawab. Panggilan keenam ibu kepada 5 orang anak ini akhirnya dijawab oleh orang awam dan barulah dia dimaklumkan mengenai nhas yang menimpa si suami di sebuah lebuhraya awal pagi tadi.

5 Kali Call Tak Jawab, Isteri Rider Enggan Maafkan Driver Punca Suami Terkorban
5 Kali Call Tak Jawab, Isteri Rider Enggan Maafkan Driver Punca Suami Terkorban

Pihak kerajaan perlu ketatkan lagi undang-undang

Selain itu, isteri kepada Allahyarham berkenaan turut meminta pihak berkuasa untuk mengetatkan lagi undang-undang ke atas golongan yang sering memandu ketika dipengaruhi alkohol. Tindakan segera patut diambil dan jika ini berterusan, ramai lagi akan kehilangan orang tersayang seperti yang dialami olehnya kini.

5 Kali Call Tak Jawab, Isteri Rider Enggan Maafkan Driver Punca Suami Terkorban
5 Kali Call Tak Jawab, Isteri Rider Enggan Maafkan Driver Punca Suami Terkorban

 

Sumber: metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *