Ingat Orang Tak Nampak Ke? Vide0 Wanita Ini Berjaya Dirakam Dan Dikongsi Di Media S0sial

Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih berada ditahap rendah dan perlu dibentuk dalam konteks kepekaan tentang sikap membuang sampah merata-rata.

Terbaharu, satu rakaman video yang dikongsikan oleh seorang warga prihatin di media sosial memaparkan tindakan seorang wanita yang menaiki kereta Perodua Bezza membuang sampah tanpa rasa silu dan bersalah di tepi lebuhraya.

Tak kiralah walaupun hanya sekecil sehelai tisu mahupun sampah sebesar botol minuman kosong, anda tidak sepatutnya membuang sampah di jalan raya.

Sikap rakyat Malaysia yang mengambil mudah mengenai hal ini sangat mendukacitakan.

Video yang dimuatnaik itu kini telah dikongsikan oleh lebih 10 ribu pemilik akaun fb dan ditonton oleh hampir 3 ribu pelayar media sosial. Rata-rata netizen yang menonton mengecam tindakan wanita tersebut dan meninggalkan ribuan komen.

Diharapkan kisah ini segera mendapat perhatian pemandu Perodua Bezza dan wanita tersebut dan kedua-duanya sedar akan sikap mereka yang menimbulkan kejelekan rakyat Malaysia.

Sikap mereka ini jelas menunjukkan betapa ceteknya pemikiran sesetengah masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

Apalah agaknya yang difikirkan oleh pelancong luar apabila mereka melihat negara kita ini penuh dengan sampah yang dibuang merata-rata tempat.

Imej negara kita pasti sudah tercalar dengan sikap masyarakat yang tidak peka dengan isu sampah ini.

Tonton video dibawah :

kredit : Tham Lai Keang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*