Gara-Gara Tak Dengar Nasihat, Penduduk Kampung Gelakkan Apabila Motosikal Dihanyutkan Arus Deras

Musim tengkujuh yang sedang melanda negara kini khususnya di kawasan pantai timur sudah tentu memberi kesan besar buat penduduk yang terlibat kerana sebelum ini pergerakan serta aktiviti harian sudah terbatas disebabkan pand.emik C0vid-19 dan kini bertambah satu lagi cabaran untuk menghadapinya serentak pada musim banjir kali ini.

Mahu tidak mahu, ia perlu diharungi kerana mereka tidak punya pilihan walaupun terpaksa berada di pusat penempatan sementara dalam jumlah yang ramai, apa lagi yang boleh dilakukan selain bertawakal, sentiasa berwaspada dan paling penting mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan tiada penularan jngktan wbak itu berlaku.

Menghadapi musim tengkujuh kali ini tidak seperti zaman dahulu apabila maklumat berkaitan banjir mudah diperolehi melalui medium media sosial, berbanding dengan zaman ibu dan ayah kita yang cuma bergantung kepada hebahan pihak berkuasa ataupun melalui media cetak.

Pelbagai perkongsian mengenai situasi banjir dapat dilihat memenuhi ruangan media sosial apabila banyak entri yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial boleh dijadikan panduan untuk merancang pergerakan ataupun persediaan menghadapi banjir.

Selain dapat menyalurkan infomasi terkini, ramai juga dikalangan pengguna media sosial yang memuatnaik gambar dan video menarik sepanjang mengharungi musim banjir kali ini.

Baru-baru ini kecoh dilaman fb apabila seorang penunggang motosikal yang cuba mencabar kuasa alam dengan meredah arus deras sedangkan beliau telah dinasihatkan orang ramai supaya berpatah balik atau menunggu sebentar supaya arus menjadi kurang deras.

Enggan mendengar nasihat, pemuda tersebut bersama rakannya terus meredah arus yang menghalang laluan jalan raya sehingga beliau tidak berupaya mengawal motosikalnya dan dihanyutkan air.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut meluahkan perasaan kesal terhadap pemuda tersebut kerana sengaja menempah musibah tanpa memikirkan risiko keselam.atan sendiri.

Video yang berdurasi hampir 15 saat itu turut memaparkan suara sorakan daripada orang ramai yang menyaksikan dan tidak kelihatan sesiapa pun yang cuba memberi bantuan kerana arus sebegitu mampu menghanyutkan mereka.

Tonton video dibawah :

https://www.facebook.com/1753773051575006/posts/2863757320576568/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*