Doktor Gigi Gesa Warganet Kesan Penghantar Makanan, Tak Sampai Sejam Ini Identiti Beliau Yang Didedahkan

Tiada siapa menduga krisis pand.emik C0vid-19 ini benar-benar memberikan impak luar biasa. Bukan setakat mampu menjejaskan tahap kesihatan seseorang, malah aspek ekonomi juga turut sama terkesan akibat penuIaran wbak tersebut.

Ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kesukaran bagi meneruskan kehidupan akibat diberhentikan kerja oleh majikan. Justeru itu tidak hairanlah demi meneruskan kelangsungan hidup, ramai yang kini terpaksa bertukar profession kepada penghantar makanan atau rider bagi mendapatkan sumber pendapatan yang segera.

Jika memandu diluar sana, pemandangan melihat para petugas penghantar makanan kini bukan sesuatu yang pelik lagi. Selang 10 minit memandu pasti mata kita akan menangkap kelibat mereka yang menunggang motosikal dengan kotak hijau atau merah jambu berdesup menghantar pesanan pelanggan masing-masing.

Namun begitu seringkali juga kita terdengar berita yang memaparkan kisah penghantar makanan yang terlibat dengan kemaIangan di dada akhbar dan media sosial sejak akhir-akhir ini. Dek kerana terlalu mengejar pesanan, ramai yang mengabaikan aspek keselamatan dan memandu dengan cara berbhya sehingga boleh meragut nya.wa diri sendiri mahupun pengguna jalanraya yang lain.

Tetapi lain pula ceritanya dengan seorang Doktor gigi yang kagum dengan gelagat seorang pemandu grabf00d yang dilihatnya ini. Dikatakan Doktor yang dikenali dengan nama fbnya Yazeed Hair Johari merasa kagum apabila melihat seorang pemuda yang tabah menunggu lampu isyarat bertukar hijau untuk menghantar pesanan pelanggan walaupun dalam cuaca hujan lebat.

Menurut Yazeed, pada mulanya beliau melihat sekumpulan 4 hingga 5 orang penghantar makanan di simpang lampu isyarat sebelum yang lain memecut laju meninggalkan pemuda tadi yang masih gigih menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Kagum melihat tahap kepatuhan pemuda itu, Yazeed  lantas memuat naik gambar yang sempat dirakamnya di laman sosial fbn dan menawarkan perkhidmatan pergigian percuma kepada pemuda itu jika netizen dapat mengesannya melalui no pendaftaran motosikal yang kelihatan dalam gambar yang diambilnya.

Tidak sampai sejam memuat naik posting tersebut, identiti penghantar makanan tersebut berjaya diperolehi oleh netizen dan sampai ke pengetahuan Yazeed.

Seperti yang dijanjikan beliau kemudiannya menawarkan perkhidmatan pergigian percuma kepada pemuda tersebut dan apa yang menarik hati Yazeed turut hairan bagaimana netizen mampu mengesan penghantar makanan tersebut sepantas itu.

Menerusi rakaman layar perbualan Yazeed dengan penghantar makanan tersebut, pemuda itu mengatakan bahawa saman yang dikenakan kerana melanggar lampu isyarat lebih mahal berbanding upah penghantaran makanan yang diterimanya dan atas dasar itulah beliau patuh kepada isyarat lampu dihadapannya.

Walaupun risau dikenakan saman kerana melanggar lampu isyarat, tindakan penghantar makanan itu sememangnya wajar dipuji kerana cekal dan tabah menunggu lampu hijau di dalam cuaca hujan lebat walaupun beliau mempunyai pilihan untuk terus memecut mengekori rakan-rakannya.

Diharapkan tindakan penghantar makanan ini mampu menjadi iktibar kepada mereka yang melakukan perkerjaan yang sama. Bukan sahaja untuk memelihara keselamatan diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain. Dan yang paling penting dapat khidmat pergigian percuma pulak tu. Tahniah Dr Yazeed yang prihatin memberi sumbangan demi menyampaikan mesej kebaikan kepada semua.

Kredit : Yazeed Hair Johari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*